Kelihatan seorang sukarelawan melakukan sanitasi di kawasan sekitar pusat pemberian vaksin pada hari terakhir Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Program Vaksin Selangor (SelVax) beroperasi di Kompleks Sukan PKNS Kelana Jaya, minggu lalu. GAMBAR: Abd Razak Aid

PENULARAN harian COVID-19 kembali meningkat melepasi angka 20,000 apabila 21,176 kes dilaporkan hari ini.

Selangor yang merekodkan kes harian di bawah 3,000 empat hari berturut-turut kembali mencatatkan penularan yang tinggi dengan 3,595 kes.

Kes terbaru di Selangor itu juga yang tertinggi dalam tempoh lima hari.

Ini berbeza dengan kes di Kuala Lumpur yang kekal rendah dengan 467 kes.

Menurut data dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, tertinggi hari ini masih Sarawak yang merekodkan 3,734 kes.

Pada masa sama, sebanyak dua lagi negeri merekodkan kes melebihi 2,000 iaitu Johor (2,297 kes) dan Sabah (2,246 kes).

Ini diikuti Pulau Pinang (1,939 kes), Kedah (1,808 kes), Perak (1,366 kes) dan Kelantan (1,254 kes).

Sebanyak 21,176 kes baharu dilaporkan hari ini manakala kadar penggunaan kapasiti hospital ialah 77 peratus dan ICU 82 peratus./ Infografik FB Dr Noor Hisham Abdullah.

Baca artikel berkaitan: Tiada lagi peta kes ikut negeri, pelaporan data ikut format baru – KJ

19,307 kes baharu, Selangor kekal bawah angka 3,000

Terendah hari ini ialah Labuan dengan enam kess diikuti Putrajaya (21 kes) dan Perlis (77 kes).

Jumlah kumulatif kes COVID-19 kini berjumlah 1.94 juta.

Sejajar dengan peningkatan vaksinasi, negara kini dalam transisi ke fasa endemik yang mana angka-angka penting bukan sekadar kes baharu tetapi penggunaan katil di hospital agar sistem penjagaan kesihatan negara tidak melebihi kapasiti.

Sementara itu, kapasiti dan penggunaan katil hospital bagi kes COVID-19 setakat jam 5 petang semalam yang dikongsikan Noor Hisham dalam Facebook beliau ialah pada 77 peratus.

Jumlah penggunaan katil ICU pula pada kadar 82 peratus dengan hanya Kedah melebihi kapasiti 100 peratus.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram