Juadah talam talam lapis keladi ini antara variasi talam yang sangat popular. Tidak menggunakan banyak bahan, ia amat mudah dan ringkas untuk disediakan. Jom ikuti langkah demi langkah menyediakan kuih yang sedap dan lazat ini.

BAHAN LAPIS UNGU
300 gm keladi – potong dadu dan kukus
200 gm gula pasir
200 gm tepung beras
70 gm tepung gandum
2 sudu besar tepung ubi
½ sudu kecil garam
800 ml santan
Sedikit pewarna ungu
Sedikit perasa keladi

BAHAN LAPIS PUTIH
250 gm gula pasir
125 gm tepung beras
65 gm tepung ubi
125 gm tepung gandum
1 liter santan dicampur air (250 ml santan pekat dicampur 750 ml air)
½ sudu kecil garam

CARA

1.Untuk lapisan ungu, satukan semua bahan dalam pengisar dan kisar sehingga sebati. Ketepikan.
2.Untuk lapisan putih pula, tuangkan 500ml campuran santan dan air bersama gula di dalam periuk. Panaskan dengan api sederhana dan kacau sebati.
3.Sementara itu, kisar baki santan dengan bahan lapis putih yang lain. Kisah sehingga sebati dan campurkan ke dalam periuk mengandungi santan dan gula tadi. Kacau sebati.
4.Tuang 300ml adunan lapisan putih di dalam loyang 10 x 10 dan kukus selama 15 minit
5.Tuang 300ml adunan lapisan ungu pula di atas lapisan putih dan kukus lagi selama 15 minit. Ulang langkah 4 dan 5 berselang seli sehingga habis.
Azimah mansor
Resepi: Azimah Mansor (Zie Azie Bakery & Class)