Sebahagian daripada orang ramai menunggu untuk mendapatkan dos ke 2 vaksin Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin WTCKL 30 Ogos lalu. GAMBAR: Abd Razak Aid

KES harian COVID-19 di Malaysia terus mencatatkan penurunan ketara dengan 15,699 kes baharu direkodkan hari ini.

Kali terakhir negara merekodkan kes lebih rendah daripada hari ini ialah pada 26 Julai lalu dengan 14,516 kes.

Menurut data dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Sarawak yang mencatatkan kes tertinggi sejak beberapa hari lalu menunjukkan penurunan hari ini.

Jika semalam Sarawak melaporkan 3,522 kes, hari ini kes baharu yang direkodkan di negeri itu ialah 1,983 kes.

Selangor mencatatkan kes harian tertinggi hari ini dengan 2,632 kes manakala Kuala Lumpur, 411 kes.

Baca artikel berkaitan: Langkah mengurung rakyat tidak lagi sesuai – PM

16,073 kes baharu, Selangor turun bawah 2,000 kes

Sebanyak enam negeri lagi turut melaporkan kes melebihi 1,000 kes hari ini iaitu Johor (1,974 kes), Sabah (1,784 kes), Pulau Pinang (1,651 kes), Kelantan (1,406 kes) dan Kedah (1,207 kes).

Terendah, Labuan (tiga kes), Putrajaya (14 kes) dan Perlis (30 kes).

Kadar vaksinasi di seluruh negara setakat semalam./ Infografik FB JKJAV.

Berikut pecahan kes mengikut negeri.

Sehingga 14 September 2021 Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 15,669 kes (2,011,440 kes)
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 2,632 (646,212)
WPKL – 411 (180,877)
Sabah – 1,784 (177,296)
Johor – 1,974 (168,225)
Sarawak – 1,983 (162,303)
Kedah – 1,207 (120,325)
Pulau Pinang – 1,651 (111,156)
Kelantan – 1,406 (96,210)
Negeri Sembilan – 143 (94,766)
Perak – 856 (84,522)
Melaka – 329 (53,778)
Pahang – 763 (53,268)
Terengganu – 483 (43,988)
WP Labuan – 3 (9,890)
WP Putrajaya – 14 (5,762)
Perlis – 30 (2,862)

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram