Mengatur perjalanan ketika hamil atau mengandung adalah satu pilhan yang bijak dan memerlukan maklumat terperinci agar ia boleh dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya untuk keserasian bayi yang bakal lahir dan ibu bapa. Anda mungkin akan tertanya-tanya sama ada anda boleh pergi bercuti atau melakukan urusan bisnes semasa hamil?

Bolehkah saya mengembara? Ini adalah salah satu daripada soalan yang sering biasa diajukan.

Terdapat banyak cara atau konsep mengenai keselamatan perjalanan semasa hamil, namun kebanyakan wanita keliru dan cenderung untuk membuat pilihan yang salah dalam perkara ini kerana terlampau berhati-hati.

Walaupun anda dinasihatkan supaya berhati- hati, anda juga tidak perlu bertindak balas yang berlebihan.

Masa yang terbaik

Masa terbaik untuk melakukan perjalanan ialah semasa trimester kehamilan kedua, yang merupakan dari minggu ke-14 hingga minggu ke-28. Pada ketika ini, anda tidak seharusnya mengalami lagi rasa loya atau muntah akibat alahan kehamilan yang mana ianya akan surut sebelum akhir trimester yang pertama.

Badan anda juga telah dapat menerima dan dapat menyesuaikan diri dengan kandungan bayi pada masa tersebut, jadi anda tidak akan berasa letih membawa kandungan bayi seperti di awal kehamilan anda.

Merancang perjalanan anda sekitar atau hampir kepada jadual pemeriksaan dengan doktor pranatal, supaya anda tidak terlepas mana-mana temu-janji penting dengan pakar obstetrik anda.

Bagaimana pula dengan perjalanan semasa trimester ketiga?

Kebijaksanaan konvensional menetapkan bahawa wanita tidak boleh melakukan perjalanan, terutamanya terbang, dalam tempoh tiga bulan terakhir kehamilan.

Kebanyakan doktor menasihati ini kerana ia berisiko untuk wanita (terdapat peluang yang lebih tinggi untuk kes kelahiran pramatang) yang mana ianya tiada keselesaan lagi kerana rahim menekan pundi kencing menyebabkan akan mudah berasa letih.

Bagaimanapun, beberapa pakar mempunyai pendapat yang berbeza mengenai ini. Beberapa doktor obstetrik memberi pesakit mereka lampu hijau unutk melakukan perjalanan jika tahap kesihatan mereka berada dalam keadaan baik dan kehamilan yang normal (nampak biasa).

Tetapi selepas minggu ke-32, wanita tidak seharusnya menggunakan kapal terbang, satu-satunya cara ialah dengan menaiki kereta. Bila kandungan masuk minggu yang ke-36, wanita hamil tidak digalakkan melakukan apa-apa lawatan atau melancong ke mana-mana sementara menunggu masa untuk melahirkan bayi mereka dengan selamat.

Berhati-hati

Sebelum anda membuat lawatan atau melancong, sila memeriksa dengan penyedia insurans anda sama ada insurans kesihatan anda merangkumi liputan untuk kes kerumitan pranatal atau kehamilan sekiranya berlaku di dalam negara yang sedang anda lawati itu.

Memakai pakaian yang selesa untuk perjalanan itu – memakai baju longgar (beberapa lapisan, jika anda mengembara dalam kereta yang berhawa dingin) dan kasut yang rendah dan selesa.

Untuk perjalanan jauh, pastikan anda pergi ke bilik air pada bila-bila masa yang anda perlu. Jangan lupa juga untuk meregangkan badan anda dalam setiap jam dan cuba untuk berjalan sebentar untuk 10 minit setiap dua jam perjalanan yang anda lalui.

Jika anda mengembara dengan menaiki kereta, pastikan anda memakai tali pinggang keledar anda, dengan dasar tali pinggang merentasi pinggul dan di bawah abdomen anda.

Jika anda mempunyai salah satu daripada risiko kehamilan (makna jika anda menjangkakan kembar, menderita rasa loya teruk dan muntah, mempunyai plasenta previa atau komplikasi lain), perjalanan mungkin tidak sesuati untuk lakukan. Anda perlu mendapatkan nasihat doktor doktor tentang perkara ini.

Jika anda mempunyai sejarah keguguran, bayi pramatang, tekanan darah tinggi, kencing manis atau pendarahan, anda juga harus menangguhkan rancangan perjalanan anda. Dalam semua kes, adalah penting dan lebih baik membuat pemeriksaan dan dapatkan nasihat daripada pakar obstetrik anda.