Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida, Ahmad Iqbal Zulkefli memohon pengertian dan penjelasan bagaimana harus dibuktikan bahawa cintanya kepada Datuk Seri Vida bukan pada harta.

Jelasnya menerusi perkongsian di laman Instagram, perkahwinan adalah tentang pengorbanan dan saling melengkapi.

“Bagaimana saya harus buktikan kepada semua bahawa perkahwinan itu bukan ertinya harta semata?

Pengorbanan, persefahaman, saling melengkapi, melindungi dan memudahkan kehidupan di dunia, saling mengingatkan tentang akhirat, bagi saya itu ertinya.

Bagi kalian, apakah erti sebuah pernikahan dalam rumah tangga?”

Malah menerusi perkongsian di Insta story, Iqbal turut memohon agar menghormati emosi Cik B dan terus memberikan semangat kepadanya.

Menjengah ke ruang komen, netizen terus memberikan kata-kata dorongan dan mendoakan yang terbaik buat pasangan ini.

Foto : Instagram Iqbal