RSN Rayer.

PERSIDANGAN Dewan Rakyat baru sahaja bersidang kembali tetapi suasana panas ternyata sukar dielakkan.

Mula-mula sekali keadaan agak tegang ketika isu Ahli Dewan Rakyat disekat daripada memasuki bangunan Parlimen 2 Ogos lalu hinggakan terkeluar perkataan ‘mangkuk’ daripada blok pembangkang.

Setelah beberapa teguran oleh Speaker, keadaan kembali tenang yang bolehkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin selesai menjawab isu itu.

Bagaimanapun semuanya hanya seketika seperti mana kata pepatah, ‘panas yang disangka ke petang, rupanya hujan di tengah hari’.

Ketika sebelum rehat tengah hari ini, suhu perbahasan di Dewan Rakyat kembali membahang membabitkan beberapa isu berkaitan Yang Dipertua dan Timbalannya.

Pertama, rasa tidak puas hati terhadap jawapan Yang Dipertua, Datuk Azhar Azizan Harun terhadap Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang ddiakwa PH mengelirukan Dewan.

Jawapan Azhar bahawa tiada keperluan untuknya membuat keputusan terhadap Takiyuddin kerana usul itu tamat tempoh menimbulkan bantahan pembangkang yang mempertikaikan pendirian non partisan Azhar sebagai Speaker.

Baca artikel berkaitan: Agong nasihat semua pihak amalkan demokrasi bermesyuwarah

PH setuju meterai MoU dengan kerajaan demi rakyat

Kemudian mengenai usul menggantikan Azhar sebagai Yang Dipertua yang dikendalikan oleh timbalannya, Datuk Mohd Rashid Hasnon.

Kemuncaknya apabila RSN Rayer (PH-Jelutong) diarahkan keluar dewan oleh Rashid.

Ini setelah Rayer mengeluarkan perkataan ‘memalukan’ dan ‘dewan rakyat memerhatikan’ ketika mengingatkan Timbalan Speaker supaya membuat keputusan dengan adil.

Rayer digantung selama dua hari selepas beliau mempertikaikan penjelasan Rashid menolak usul menggantikan Speaker Dewan Rakyat.

Sebelum itu, Rashid meminta Rayer menarik balik ayatnya itu sebelum mengarahkan bentara membawa keluar Rayer dari Dewan.

Bagaimanapun wakil DAP yang disokong blok pembangkang enggan menurut arahan Rashid sekali gus menimbulkan suasana hiruk-pikuk.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram