Pelawak dan usahawan, Shuib berkongsi keterujaan apabila anak bongsunya, Ayash Affan kini pulang ke rumah selepas lebih sebulan berada di hospital susulan kelahiran pra-matang.

Berita gembira itu turut dikongsi di laman Instagram arwah isteri, Siti Sarah, dan menyifatkan kepulangan Ayash sebagai pengganti arwah yang meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 pada 9 Ogos lalu.

“Alhamdulillah. Keterujaan abang dan kakak melihat adik mereka. Semenjak dari hospital, Uwais, Talita & Matin hari2 tanya pasal Ayash. Mereka nampak happy sangat bila dapat tengok Ayash depan mata. Sebelum sampai, tiga beradik ni duduk depan pintu rumah tggu daddy bwk balik Ayash. Terima kasih kepada smua yg mendoakan Ayash, terima kasih kepada smua yg mendoakan daddy, Uwais, Talita & Matin serta terima kasih kepada semua yang rindukan arwah Sarah. Sepatutnya esok hari lahir arwah yang ke-37 tapi aturan Allah tak siapa yang tahu. Kini, hanya Ayash yang hadir di rumah ini sebagai pengganti arwah. Terus doakan kesejahteraan arwah di sana, Al-Fatihah.”

Foto : Instagram Shuib dan Siti Sarah