LAPORAN Tahunan Integrasi Tenaga Nasional Bhd (TNB) mendapat pengiktirafan Anugerah Emas Australasian Reporting Awards (ARA) 2021 buat kali keempat sejak ia diadakan.

LAPORAN Tahunan Integrasi Tenaga Nasional Bhd (TNB) mendapat pengiktirafan Anugerah Emas Australasian Reporting Awards (ARA) 2021 buat kali keempat sejak ia diadakan.

Diadakan secara maya dari Sydney, Australia pada 18 Ogos lalu, kejayaan TNB itu mengulangi pencapaian pada 2017, 2018 dan 2020 selain Gangsa yang dimenangi pada 2016.

TNB tersenarai sebagai penerima Anugerah Emas bersama 69 syarikat antarabangsa lain.

ARA yang disertai pelbagai organisasi korporat, agensi kerajaan dan NGO dari serata negara Asia Pasifik turut meletakkan TNB sebagai pemenang Anugerah Perak bagi kategori Laporan Kelestarian serta Anugerah Khas untuk Laporan Keselamatan dan Kesihatan Kerja.

Dalam laporan kehakiman bagi Anugerah Khas, ARA menyebut Laporan Tahunan Integrasi TNB menyediakan liputan menyeluruh terhadap polisi pengurusan dan tindakan yang dilakukan bagi meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan warga kerjanya serta membina budaya keselamatan yang kukuh.

Ia melaporkan secara jujur kemalangan yang menyebabkan kematian dan kecederaan serta langkah yang diambil bagi mengatasinya.

Norazni Mohd Isa

Setiausaha Syarikat TNB, Norazni Mohd Isa menyifatkan anugerah yang diterima sebagai bukti kepada dedikasi, kerja keras dan semangat kerjasama warga TNB bagi mendapatkan hasil yang cemerlang.

“Semangat kerjasama adalah satu daripada enam nilai teras TNB yang berfungsi mengeratkan perpaduan antara 35,000 warga kerja menuju ke arah aspirasi yang sama, iaitu menjadikan TNB sebagai pembekal terunggul solusi tenaga mampan di Malaysia dan antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Anugerah diperkenalkan sejak 1950 itu bertujuan memberi peluang kepada organisasiorganisasi menanda aras laporan tahunan mereka berdasarkan kriteria ARA dengan berpandukan amalan terbaik dunia.

Pemenang anugerah dinilai berdasarkan kecemerlangan keseluruhan Laporan Tahunan, penyataan menyeluruh aspek-aspek utama perniagaan teras serta menepati keperluan perundangan dan kawal selia yang ada.