Sedapnya ikan bakar pandan ni. Bagi yang buntu nak masak apa hari ini, apa kata anda cuba resipi ikan bakar pandan yang menyelerakan ini. Resipinya sangat mudah dan tidak mengguna banyak bahan.

BAHAN
5 ekor ikan kembung – belah belakang
1 sudu kecil garam
½ sudu kecil serbuk kunyit
½ sudu kecil serbuk pati ikan bilis
4 sudu besar minyak
1 sudu kecil jus asam jawa
1 sudu kecil gula
1 sudu serbuk pati ayam

BAHAN KISAR
4 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
2 batang serai
6 tangkai cili padi
6 tangkai cili merah
2 sudu besar cili kisar
2 cm kunyit
2 biji buah keras
1 sudu kecil belacan

CARA:
1.Gaulkan isi ikan dengan garam, serbuk kunyit dan pati ikan bilis.
2.Panaskan minyak, tumis bahan kisar, kacau hingga garing.
3.Masukkan jus asam jawa dan serbuk pati ayam , kacau sebati hingga pecah minyak. Angkat dan sejukkan sebentar.
4.Sumbatkan pes cili tadi ke dalam ikan kembung.
5.Lilitkan daun pandan pada ikan.
6.Bakar hingga masak selama 8 minit. Angkat dan hidangkan dengan limau kasturi.

Resipi: Cef Amer Hamzah