Anggota Polis mengawal pintu masuk flat ketika Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kuala Lumpur. GAMBAR: Abd Razak Aid

KEMUNGKINAN besar hari ini mencatat sejarah tersendiri apabila hanya satu kawasan sahaja dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan lokalitinya terletak di Pahang.

Pelaksanaan PKPD di Kampung Paya Mengkuan, Sanggang, Temerloh, Pahang itu akan dilaksanakan bermula Jumaat ini selama dua minggu susulan peningkatan kes positif COVID-19.

Perkara berkenaan diumumkan Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md. Saad dalam kenyataan hari ini.

Keputusan melaksanakan PKPD di lokaliti itu dilakukan setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19.

Rodzi berkata, penguatkuasaan PKPD di itu akan berpanjangan sehingga 30 September depan.

Sementara itu, satu lokaliti juga dilanjutkan tempoh PKPD selama dua minggu, bermula mulai Jumaat ini.

Lokaliti tersebut adalah di Kampung Dumpiring Bawah, Ranau, Sabah dan ia akan berpanjangan sehingga 30 September.

Berikut ialah kawasan-kawasan yang ditamatkan PKPD.

Beberapa kawasan pula ditamatkan PKPD mereka mulai esok. Kawasan-kawasan yang terlibat adalah seperti yang dipaparkan dalam jadual di bawah.