Penyanyi rap Caprice yang kini sedang menjalani kuarantin setelah pulang dari Mesir mendedahkan dia telah menerima lebih 60 ugutan bunuh dalam tempoh dua bulan lalu.
Caprice atau nama sebenar Ariz Ramli, 33, berkongsi perkara tersebut menerusi satu perkongsian di IG Story akaun Instagram miliknya pada Selasa.
“Dalam masa dua bulan ni Caprice terima lebih 60 ugutan bunuh, nak jumpa depan gate, nak turun office Caprice, nak ajak jumpa, nak ugut jangan sampai Penang dan macam-macam lagi.
“I have been under 24/7 security sejak sampai Kuala Lumpur. It is not fun nor is it funny. We can do this by law or we can open a charity kick boxing match your team vs my team.
“Settle with the law, or settle in the ring, I’m ok. But don’t leave threats and expect me to keep my mouth shut I’m not that guy,” kata Caprice.

Menerusi hantaran berbeza di IG Story, Caprice juga memaklumkan selepas tamat kuarantin dia akan hadir ke Balai Polis Bukit Aman bagi menyelesaikan bebeberapa perkara.
“Insya-Allah lepas habis kuarantin Caprice nak fokus balik bisnes dulu, family, misi dan selepas tu dapat kerjasama dengan pihak @pdrmsia_official untuk selesaikan isu yang lain. Kita sentiasa fight. Insya Allah,” kata Caprice lagi.