Pekerja pawagam membuat persiapan untuk beroperasi selepas kerajaan membenarkan pengusaha panggung wayang membuka semula panggung wayang kepada penonton yang lengkap divaksin dan mematuhi SOP yang ketat bermula 9 September ini di pawagam Golden Screen Cinemas (GSC) Mid Valley, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

SELEPAS merekodkan kes terendah dalam tempoh tujuh minggu semalam iaitu sebanyak 15,669, jumlah jangkitan COVID-19 seluruh negara kembali naik hari ini.

Jumlah penularan seluruh negara kembali menghampiri angka 20,000 selepas mencatatkan 19,495 kes sehingga tengah hari tadi.

Kadar yang dicatatkan hari ini sekali gus menyaksikan jumlah kumulatif COVID-19 telah pun mencecah 2.030 juta.

Sarawak kekal menjadi negeri yang menyaksikan kadar penularan tertinggi apabila kes meningkat kepada 4,709 hari ini.

Berdasarkan data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, kadar baharu di Sarawak meningkat lebih 2,700 kes berbanding penurunan mendadak kepada 1,983 semalam.

Kedua tertinggi dicatatkan di Selangor yang naik sedikit kepada 2,710 hari ini.

Kes COVID-19 baharu di Sabah pula meningkat kepada lebih 2,000 selepas merekodkan 2,015 jangkitan.

Empat negeri lain turut kekal mencatatkan empat angka kes COVID-19 setakat tengah hari tadi.

Baca artikel berkaitan: 15,699 kes baharu, terendah dalam tempoh tujuh minggu

Kes sembuh terus melebihi angka kes baharu

Lebih 75 peratus dewasa lengkap vaksinasi setakat semalam

Negeri terbabit adalah Johor (1,860 kes); Kedah (1,178 kes); Pulau Pinang (1,757 kes) dan Kelantan (1,434 kes).

Perak pula kembali mencatatkan kes melebihi 1,000 selepas merekodkan 1,174 jangkitan hari ini.

Pada masa sama, kes baharu di Terengganu naik mendadak kepada hampir 1,000 penularan hari ini berbanding 483 semalam.

Kes di Terengganu naik kepada 993 jangkitan.

Perlis pula kembali mencatatkan tiga angka kes selepas mencatatkan 108 jangkitan.

Kuala Lumpur (363), Negeri Sembilan (222), Pahang (766) dan Melaka (190) pula kekal merekodkan tiga digit jangkitan baharu.

Sementara itu, tiada kes baharu dicatatkan di Labuan hari ini.

Berikut pecahan kes mengikut negeri:

SELANGOR – 2,710
KUALA LUMPUR – 363
SABAH – 2,015
JOHOR – 1,860
SARAWAK – 4,709
KEDAH – 1,178
PULAU PINANG – 1,757
KELANTAN – 1,434
NEGERI SEMBILAN – 222
PERAK – 1,174
PAHANG – 766
MELAKA – 190
TERENGGANU – 993
LABUAN – 0
PUTRAJAYA – 16
PERLIS – 108

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram