Cucur udang adalah kuih yang menjadi kegemaran ramai. Cara penyediaannya mudah dan rasanya sangat sedap. Jom cuba resipi yang dikongsi oleh Salami Simon ini.

BAHAN
400 gm udang kertas – cuci bersih dah tooskan
500 gm tepung gandum
2 ¾ cawan air
1 sudu kecil cuka
1 sudu besar minyak jagung
2 biji telur
1 labu bawang besar – cincang
10 batang daun kucai – potong sepanjang 2 cm
1 cawan taugeh
1 biji cili hijau – belah 2 dan hiris nipis
1 biji cili merah – belah 2 dan hiris nipis
½ sudu kecil serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Senduk sebagai acuan

CARA
1.Satukan tepung gandum, serbuk kunyit, garam, telur, cuka dan minyak jagung dalam mangkuk. Tuang air sedikit demi sedikit sambil mengadun bahan dalam mangkuk.
2.Setelah adunan sebati, masukkan bawang besar, daun kucai, taugeh, hirisan cili merah dan cili hijau. Pastikan adunan tidak terlalu pekat atau terlalu cair.
3.Rendam senduk di dalam minyak panas sebentar, angkat dan tuangkan adunan ke dalam senduk sehingga paras ¾. Kemudian letakkan seekor udang di atasnya.
4.Letakkan senduk berisi adunan tadi ke dalam minyak panas dan biarkan seketika sehingga cucur udang agak keras sedikit.
5.Cungkil sedikit cucur udang dengan menggunakan garpu agar tanggal dari senduk. Biarkan cucur udang masak hingga berwarna kuning keemasan.

Foto & Resepi: Salami Simon