Sedapnya stew ekor lembu ini. Resipinya sangat mudah dan tidak mengguna banyak bahan pun. Jom cuba resipi yang dikongsi oleh Cef Absar ini.

BAHAN
1kg ekor lembu
100ml minyak masak
150gm bawang
50gm bawang putih
40gm seleri
40gm leek
2gm tyme
2gm rosemary
2 helai daun bay
60gm lobak merah
2 batang serai – tumbuk
60gm pes tomato
40gm serbuk kari daging
1 liter air
60gm sos perang
10gm garam
100gm mentega tanpa garam

CARA
1.Masukkan air, ekor lembu dan rebus sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
2.Panaskan minyak dan tumis bawang, bawang putih, seleri, leek, thyme, rosemary, daun bay, lobak merah dan serai sehingga naik bau.
3.Masukkan pes tomato dan serbuk kari daging. Kacau sebati.
4.Masukkan air dan biarkan mendidih.
5.Masukkan ekor lembu dan teruskan rebus sehingga lembut.
6.Masukkan mentega dan kacau sehinga cair. Perasakan dengan garam.

Resipi : Cef Absar