Pengurus Pembangunan Perniagaan Shapadu CR Asia Sdn Bhd, Mohd Fazli Mohd Saleh (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Wakil Pejabat Kesihatan Kota Tinggi, Rohaya Mohamed (tengah) ketika mengadakan lawatan ke Pejabat Kesihatan Kota Tinggi, Johor, baru-baru ini.

SHAPADU CR Asia Sdn. Bhd. mengambil inisiatif mengadakan kerjasama dengan Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi bagi memastikan pelaksanaan suntikan vaksinasi kepada semua kakitangan syarikat itu.

Menerusi kerjasama berkenaan, Pengurus Pembangunan Perniagaan Shapadu CR Asia, Mohd. Fazli Mohd. Salleh telah mengadakan perjumpaan dengan Pegawai Perubatan Kesihatan Daerah Kota Tinggi, Dr. Rahayu Yusof, awal bulan ini.

Menurut Shapadu CR Asia, perjumpaan tersebut adalah untuk membincangkan strategi vaksinasi penuh kepada pekerja di syarikat berkenaan.

Katanya, objektif utama lawatan itu juga adalah untuk menghargai sumbangan dan pengorbanan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam program vaksinasi kepada kakitangan syarikat.

Baca artikel berkaitan: Shapadu CR Asia terima pengiktirafan Sijil ISO 9001:2015

“Lawatan tersebut merupakan sebuah lawatan mesra dan kerjasama antara syarikat swasta dengan kerajaan dalam program Vaksinasi Mencegah Virus COVID-19.

“Program itu dimulakan dengan Ketua Penyelia Jururawat Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi di mana ia telah mengambil inisiatif untuk menyediakan slot vaksinasi kepada lebih 55 orang kakitangan Shapadu CR Asia.

“Program berkenaan telah dilaksanakan sejak bulan Julai 2021 lagi sehingga awal Oktober 2021 yang juga menjadi salah satu usaha dan impian syarikat bagi mencapai matlamat semua kakitangan menerima vaksinasi lengkap.

“Penerimaan vaksinasi lengkap ini sekali gus dapat mencegah berlakunya penularan wabak COVID-19,” katanya dalam kenyataan.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram