Untuk hidup selesa, tidak semestinya rumah yang didiami harus mewah dan besar sehingga mencapai limit perbelanjaan bulanan. Nilai sendiri kemampuan poket dan jangan pula tunggu sehingga bersara baru berimpian untuk memiliki sebuah rumah.

Menurut pakar kewangan, Azizul Azli Ahmad, sebaiknya sewaktu muda, beli dahulu rumah kecil atau sederhana untuk didiami dan apabila bersara, jual rumah tersebut dan beli rumah impian.

Malah, tegasnya jangan sesekali menggunakan keseluruhan wang persaraan semata-mata untuk membuat rumah kerana itulah dana yang harus digunakan untuk menyara kehidupan tika tua.

#TabungRumah

RUMAH PERSARAAN KITA?

1. Jika ada impian buat rumah persaraan. Jangan tunggu bersara baru buat rumah atau beli rumah.

2. Beli saja rumah kecil atau sederhana dulu dari sekarang. Bila nak bersara boleh jual rumah itu, dapat duit maka binalah rumah impian.

Ada perbezaan antara rumah kediaman dan rumah impian.

3. Jangan guna wang persaraan untuk buat rumah, nanti akan habis sebelum kita tua dan susahkan anak menantu kita sahaja.

Duit persaraan habis buat rumah agam idaman kita, tapi tinggal berdua. Jangan utamakan ego kita.

4. Kita harus ada tabung rumah sendiri dan bukannya datang dari dana persaraan kita.

5. Jangan amalkan juga beli rumah biarkan kosong, sebab dah bersara nanti baru nak duduk. Sewakan sahaja jika tidak ia tetap akan rosak juga atas faktor usia.

6. Rumah persaraan sebaiknya kecil sahaja. Ya kecil dan sebaiknya setingkat sahaja (rujuk gambar).

Makin besar rumah persaraan kita, ia telan banyak duit simpanan kita.

“Biarlah, bila lagi nak merasa”. Jika tak susahkan sesiapa sahaja, silakan saja. Jangan sampai anak cucu mengata kita susahkan mereka.

7. Menjaga rumah yang besar selain telan duit kita, ia perlukan banyak tenaga menjaga.

8. Jangan ada impian ada 10 anak perlu ada 10 kamar tidur. Kita bukan kerabat diraja Jawa yang kaya raya itu. Kita rakyat jelata sahaja.

Kawan kawan yang baik,

Pasanglah impian ada rumah sendiri waktu mula kerja. Jika dah 5 tahun kerja belum ada rumah, semak semula kemana gaji kita.

Rumah Bersara Biarlah Kecil, Selesa dan Sederhana.

Azizul Azli Ahmad

#RumahKecilSahaja

#BelajarBeliRumahPertamaDisini.”

Sumber : Azizul Azli Ahmad