Biasanya masakan asam pedas popular menggunakan ikan, apa kata kali ini tukar kepada ekor pula. Sedap dimakan dengan nasi panas bersama telur dadar. Pasti makan bertambah. Jom lihat cara menyediakan resipi ini dan bahan-bahan yang diperlukan.

BAHAN
1kg ekor
150gm cili boh
20gm lada hitam
200gm asam jawa
10gm daun limau purut
80gm gula
150gm stok ayam
Minyak masak
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN A
250gm bawang merah
100gm bawang putih
20gm halia
10gm lengkuas
50gm kunyit hidup
10gm helba

CARA
1.Rebus ekor sehingga lembut isinya. Simpan stok rebusan ekor.
2.Panaskan minyak dan tumis bahan A sehingga garing.
3.Masukkan cili boh dan lada hitam. Masak sehingga pecah minyak.
4.Masukkan stok ekor bersama ekor yang direbus tadi.
5.Masukkan air asam jawa, daun limau purut, stok ayam, garam dan gula secukup rasa.