Sedapnya kek lava coklat ni. Bagi penggemar kek dan coklat, resipi ini wajib anda cuba. Caranya mudah dan tidak menggunakan banyak bahan.

BAHAN
111 gm tepung gandum
28 gm mentega – cairkan untuk memberus
2 gm serbuk koko
111 gm coklat gelap
111 gm mentega – cincang kepada kepingan kecil
111 gm gula
2 biji telur
2 biji telur kuning

CARA
1.Sapukan acuan dengan mentega cair. Kemudian simpan di dalam peti sejuk.
2.Cairkan mentega dan coklat bersama-sama secara “double boiler” atau di dalam microwave sehingga cair dan kacau hingga sebati.
3.Gaul telur dan gula sehingga campuran berwarna kekuningan sekitar 3 minit sehingga gula larut.
4.Kacau campuran coklat panas ke dalam adunan telur dan pukul sebati. Ayak tepung dan koko. Kaup dengan spartula sehingga sebati. Sudukan ke dalam acuan tadi.
5.Bakar selama 15 minit dengan menggunakan cara “water bath”.

Resipi: Hotel Furama