GIGIH..Mohd Tharim Mohd Said,53, menaiki kerusi roda sambil mengayuh dengan tangan menggunakan tongkat agar boleh bergerak untuk mencari kotak, botol serta barangan terpakai demi mencari sesuap nasi ketika ditemui di sekitar Jalan Sultan Ismail, disini semalam. GAMBAR: Abd Razak Aid

BERAT mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Itulah yang boleh digambarkan apabila melihat seorang lelaki separuh usia menggunakan kerusi roda melalui tengah Bandar Raya Kuala Lumpur.

Lebih memilukan hati, lelaki berkenaan yang mengalami kecederaan daripada bahagian pinggang ke bawah sanggup bersusah payah di bawah terik matahari mencari kotak, botol atau barangan terpakai untuk dijual demi mencari sesuap nasi.

Kisah malang Mohd. Tharim Mohd. Said, 53, bermula pada bulan Ogos tahun lalu apabila dia terjatuh dari tingkat tiga sebuah bangunan ketika sedang melakukan kerja-kerja mengecat.

Walaupun hidup dalam keadaan daif namun Mohd Tharim Mohd Said,53, tetap bersyukur kerana masih ada lagi orang ramai serta badan bukan kerajaan (NGO) yang sudi membantu menghulurkan makanan bagi meneruskan kehidupan ketika ditemui di Jalan Sultan Ismail, disini semalam. GAMBAR: Abd Razak Aid

Mohd. Tharim sebelum ini mempunyai pendapatan tetap sebagai pekerja kontrak mengecat bangunan.

Namun begitu, malang tidak berbau apabila kemalangan yang berlaku merubah kehidupannya serta-merta.

“Ketika sedang mengecat di tingkat 3 sebuah bangunan di Kampung Baru, paip yang saya pijak patah dan saya terjatuh.

Mohd Tharim Mohd Said,53, mencari kotak, botol serta barangan terpakai untuk dijual di kedai barangan lusuh demi mencari sesuap nasi ketika ditemui di lorong belakang bangunan sekitar Jalan Sultan Ismail, disini semalam. GAMBAR: Abd Razak Aid

“Akibat kemalangan itu, saya mengalami cedera parah patah tulang pinggul, pinggang, peha dan kaki. Saya juga terlantar hampir dua bulan di hospital.

“Selepas dibenarkan keluar hospital, saya kembali ke bilik sewa dan mendapati telah dikunci pemilik membuatkan saya tiada lagi tempat tinggal,” katanya ketika ditemui UtusanTV semalam.

Kehidupan Mohd. Tharim selepas itu berubah 180 darjah apabila tidak mampu lagi bekerja dan terpaksa meminta sedekah di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Mohd Tharim Mohd Said,53, mencari kotak, botol serta barangan terpakai untuk dijual di kedai barangan lusuh demi mencari sesuap nasi ketika ditemui di lorong belakang bangunan sekitar Jalan Sultan Ismail, disini semalam. GAMBAR: Abd Razak Aid

“Beberapa bulan juga saya terpaksa meminta sedekah tapi dengan wang hasil meminta sedekah itu selain dapat membeli makanan dan pampers, saya kumpul serta dapat membeli sebuah kerusi roda.

“Memang saya rasa kekok dan malu untuk meminta sedekah lagi, sebab itu sekarang saya berdikari dengan mencari barang-barang yang boleh dikitar semula seperti kotak, surat khabar, tin, botol dan lain-lain.

“Lagi pun saya hidup sebatang kara kerana telah berpisah dengan isteri,” katanya.

Mohd Tharim Mohd Said,53, terpaksa menarik kerusi rodanya yang tersangkut di jalan yang berlopak dengan menggunakan tongkat ketika mencari kotak, botol serta barangan terpakai untuk dijual di kedai barangan lusuh demi mencari sesuap nasi ketika ditemui di lorong belakang bangunan sekitar Jalan Sultan Ismail, disini semalam. GAMBAR: Abd Razak Aid

Mohd. Tharim terpaksa menggunakan kerusi roda sambil menarik dua lagi di bahagian belakang dijadikan sebagai tempat menyimpan barangan untuk dijual.

Dia hanya mampu memperolehi pendapatan sekitar RM15 hingga RM20 sehari hasil penjualan barangan terpakai itu.

Mohd. Tharim juga tidak mempunyai tempat tinggal dan terpaksa menjadikan kawasan bangunan dan kaki lima di belakang lorong Jalan Tuanku Abdul Rahman sebagai tempat melelapkan mata.

Mohd Tharim Mohd Said,53, menyimpan barangan superti kotak, botol serta barangan terpakai untuk dijual di kedai barangan lusuh demi mencari sesuap nasi ketika ditemui di lorong belakang bangunan sekitar Jalan Sultan Ismail, disini semalam. GAMBAR: Abd Razak Aid

“Walaupun keadaan saya seperti ini tapi saya tetap bersyukur masih ada lagi orang ramai serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membantu menghulurkan bantuan makanan.

“Saya cuma berharap sekiranya ada yang sudi membantu menggantikan kerusi roda untuk memudahkan pergerakan mencari barangan terpakai,” katanya.

Mohd Tharim Mohd Said,53, mencari kotak, botol serta barangan terpakai untuk dijual di kedai barangan lusuh demi mencari sesuap nasi ketika ditemui di lorong belakang bangunan sekitar Jalan Sultan Ismail, disini semalam. GAMBAR: Abd Razak Aid
Mohd Tharim Mohd Said,53, menjadikan lorong belakang bangunan sebagai tempat untuk berehat selepas penat mencari kotak, botol serta barangan terpakai yang dijual di kedai barangan lusuh demi mencari sesuap nasi ketika ditemui di lorong belakang bangunan sekitar Jalan Sultan Ismail, disini semalam. GAMBAR: Abd Razak Aid