Bella Astillah menerusi laman Instagram miliknya berkongsi berita duka apabila datuknya, Rosilan bin Isa dikhabarkan baru sahaja menghembuskan nafas terakhir.

Jelas Bella walaupun dia kini berada di Sabah atas urusan kerja, namun atas faktor keadaan semasa, mereka tidak dapat berjumpa. Malah jenazah datuknya sedang berada di jabatan forensik dan masih menunggu keputusan ujian saringan Covid-19 sebelum tindakan selanjutnya.

Bella meluahkan kesedihan hanya mampu melihat keluarga dan jenazah datuknya menerusi panggilan video.

“Datang sabah atas urusan kerja, tapi nda sangka lolo pergi buat selama-lamanya. Walaupun kami dekat, tapi tidak boleh jumpa sebab keadaan kita sekarang ni. Atuk sedang di forensik (kalau jenazah positif covid kami tidak boleh ambil, kalau negatif baru boleh) Allahuakhbar. Sampai bila macam ni?! Sepatutnya kami mau mengasi kawan selama ditahan tp tidak benarkan. Adakah SYSTEM akan berterusan srperti ini sampai bila-bila?????????????????????? HANYA BOLEH TENGOK SAAT2 akhir BELIAU MELALUI VIDEO CALL tak dapat peluk, tak dapat cium. Allahuakhbar.
Tapi sebelum pandemik, bella dgn aliff dapat bawa dia ke KL, bawa bercuti pergi Genting mashaAllah :’( kami rindu betul. Allah s.w.t lebih menyayangi mu 🌹

Semoga lolo ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.”

Salam takziah buat Bella sekeluarga.

Foto : Instagram Bella Astillah