Insiden kemalangan di Shah Alam Ahad lalu yang mengorbankan dua remaja manakala pemandu kenderaan pacuan empat roda yang melawan arus terselamat.

REMAN terhadap lelaki yang memandu kenderaan secara melawan arus sehingga menyebabkan kematian dua individu di Lebuhraya Persekutuan, dekat Shah Alam, Ahad lalu, disambung tiga hari lagi.

Perintah reman dikeluarkan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam, Norliza Hussin selepas membenarkan permohonan polis bagi melanjutkan siasatan terhadap lelaki berusia 24 tahun itu bermula esok hingga 20 September.

Sebelum ini, lelaki yang bertugas sebagai ejen pemasaran itu direman enam hari bermula 12 September lalu hingga hari ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu lelaki itu tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Shah Alam pada 9.20 pagi.

Baca artikel berkaitan: Lawan arus di MEX, pemandu Myvi dipenjara 3 hari, denda RM8,000

Dua maut dilanggar pemandu positif dadah lawan arus

Turut kelihatan, peguam Ravi Nekoo dan R. Thanuja yang mewakili lelaki berkenaan.

Media sebelum ini melaporkan seorang remaja perempuan berumur 18 tahun dan seorang lelaki berumur 19 tahun maut selepas kereta Proton Wira dinaiki mereka bertembung dengan sebuah Mitsubishi Triton yang dipandu seorang lelaki secara melawan arus pada 2.09 pagi, di KM8.5 Lebuhraya Persekutuan, dekat Shah Alam Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib menerusi kenyataan dilaporkan berkata hasil saringan awal ujian air kencing mendapati pemandu itu positif dadah jenis ganja.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram