Ingin memasak didapur bersama anak-anak tapi tak tahu nak masak apa? Apa kata cuba resipi ek cawan puding pisang berkastard yang mudah dan sedap ini. Pasti anak-anak suka.

BAHAN
1 cawan susu penuh krim
3 cawan tepung naik sendiri
112 gm mentega
2 biji telur
1 cawan gula
2 ½ sudu kecil serbuk penaik
Sedikit esen vanila
Secubit garam
Hiasan –pisang

BAHAN PUDING PISANG
1 cawan susu penuh krim
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar gula kastor
2 biji pisang montel
1 biji kuning telur

CARA

  1. Untuk membuat puding pisang, satukan susu, gula, tepung jagung, telur dan pisang di dalam periuk. Masak ke semuanya hingga pekat. Ketepikan.
  2. Masukkan mentega dan gula. Kacau hingga kembang dengan selama 5 minit. Kemudian masukkan telur. Masukkan juga tepung yang sudah bercampur dengan garam, serbuk penaik dan susu.
  3. Letak esen vanila. Kacau hingga adunan tadi likat.
  4. Tuangkan adunan ke dalam bekas kek cawan menggunakan skop aiskrim sebanyak 1 setengah skop. Bakar pada suhu 150 selsius selama 17 minit.
  5. Apabila kek cawan dah sejuk tebuk lubang di tengah dan masukkan inti pisang kastard di dalamnya. Hias kek cawan mengikut kreativiti anda. Letakkan hirisan pisang diatasnya.
Resepi: Wan Mohd Hafiz