Pensyarah pertanian, Izham Alias menerusi laman sosial miliknya menjelaskan kepentingan rumput vetiver kepada telaga yang menjadi seakan penapis dan span yang mampu menapis kekotoran yang ada di dalam tanah. Malah ia juga mampu menyerap air hujan yang turun agar ia kekal dalam tanah dan menyebabkan air telaga bertambah.

Malah jelasnya, pokok buluh juga sesuai ditanam di sekitar rumah sebagai pokok pembersih air.

Ikuti perkongsiannya.

“Saya mula menanam rumput vetiver di sekitar telaga. Jarak 10 cm dari dinding telaga. 15 cm antara rumput pula. 2 bulatan.

Rumput vetiver ini mampu menjadi seakan penapis dan span. Menapis kekotoran yang ada dalam tanah. Span menyerap air hujan yang turun agar air kekal dalam tanah. Bila air kekal, maka air telaga tentunya bertambah.

Akar vetiver mampu mencecah sehingga 6 meter dalam. Tahun pertama, biasa 3 meter dalam. Tahun ketiga sekitar 5 meter dalam. Kadar diameter perkembangan akar biasa sekitar 25-30 cm pada satu poin. Sebab tu saya tanam 15cm jarak antara pokok. Nanti akan bertemu antara satu sama lain membentuk bulatan yang cantik.

Daun vetiver boleh mencecah sehingga 2 meter tinggi. Dalam masa 3 bulan, rumput atas itu akan saya potong ke 40cm tinggi agar tak jadi semak. Sisa rumput itu pula kita tabur sekitar rumah sebagai sungkupan menyejuk tanah. Daun vetiver lambat mereput. Memang sesuai sangat jadi sungkupan.

Nanti saya akan buat pengukuran jumlah air yang ada dalam telaga sebagai pemboleh ubah bertindak balas.

Telaga ni ada 15 kerek. 1 kerek 2.5 kaki tinggi.

Ikut ukuran kasar, kerek ke 12 (dikira dari atas) barulah ada air. Harap nanti bila dah tanam banyak rumput penyerap air ini, air dapat meningkat ke kerek ke 10 atau 9.

Selain itu, saya akan tanam pokok buluh sekitar rumah sebagai pokok pembersih air juga. Biar air tak lari keluar sekitar rumah ini.

Bina ekosistem yang bagus sekitar rumah agar air telaga bersih dan berkualiti.

Siapa nak dapatkan vetiver tu, cek sini Vetiver – https://shp.ee/3msg58x

Video tanam vetiver: https://m.facebook.com/story.php…