Lauk pauk kampung memang sedap apatah lagi dimakan bersama nasi panas. Di tambah pula dengan sedikit ulam-ulaman. Jom cuba resipi gulai daging masin daun kaduk yang pasti menambat selera.

BAHAN
1 kg daging – perap dengan garam selama 3 malam
15 helai daun kaduk
6 biji bawang besar – potong bulat
1 keping asam gelugur
800 ml santan pekat
300 ml santan cair
2 sudu kecil lada hitam
Sedikit garam dan gula

BAHAN TUMBUK LUMAT
1 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4 cm kunyit hidup
4 cm lengkuas

CARA
1.Basuh daging yang diperap dengan garam sehingga tiada garam. Selepas itu masukkan daging dan santan cair ke dalam periuk. Kacau dan masak sehingga daging empuk.
2.Masukan bahan tumbuk lumat ke dalam periuk berserta asam gelugur. Kacau hingga mendidih.
3.Kemudian perlahankan api dan masukkan santan pekat. Kacau hingga sebati.
4.Akhir sekali, masukkan bahan perasa seperti lada hitam, gula dan garam jika kurang rasa masinnya.
5.Kemudian taburkan bawang besar, yang dipotong bulat dan daun kaduk. Kacau seketika hingga daun kaduk masak.

Resipi: Ezani