Puding salji ini nampak sedap dan menyelerakan. Resipinya sangat mudah dan semestinya sedap. Tidak mengguna banyak bahan pun. Jom cuba.

BAHAN:
500 ml krim masakan
50 gm gula kastor
7 gm agar-agar
1 sudu kecil perasa vanila
Sedikit kelapa kering untuk hiasan

CARA:
1.Rendamkan agar-agar dengan air sejuk peti ais selama 10 minit.
2.Masukkan krim ke dalam periuk dan masak dengan api kecil.
3.Kemudian masukkan 60 gram gula tadi, kacau hingga larut.
4.Selepas itu, masukkan pula perisa vanila tadi dan kacau rata.
5.Apabila campuran sudah mulai mendidih, ambil agar-agar yang direndam dan toskan. Kacau sehingga agar-agar larut sepenuhnya.
6.Tutup api dan tapiskan campuran tersebut dan tuang ke dalam bekas puding.
7.Sejukkan dengan suhu bilik terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
8.Salutkan dengan kelapa patut sebelum dihidang.

Resipi: Imelda Maya Harris