SEMPENA ulang tahun kedua, BeauSiti tampil dengan pelbagai tawaran dan diskaun sepanjang bulan ini. Menerusi kempen “Stronger2gether”, ganjaran berganda bakal diberikan sebagai penghargaan kepada pelanggan atas sokongan padu mereka.

Datuk Sri Siti Nurhaliza berkata sokongan padu daripada pelanggan dan juga SitiZen (ejen BeauSiti) yang sah selama dua tahun ini amat dihargai dan dia merasakan kepuasan pelanggan adalah penting untuk memastikan produk lebih terjamin bersaing di pasaran dan mencipta lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

“Para pelanggan boleh melayari www.beausiti.my atau dapatkan produk daripada SitiZen dan menikmati potongan diskaun dari tawaran promosi semasa kempen ulang tahun ini.

“Selain itu, rakyat Malaysia yang telah menerima vaksin boleh mendapatkan tawaran sehingga RM25 melalui promosi di laman sesawang BeauSiti,” ujarnya.

Siti Nurhaliza ketika majlis ulang tahun kedua BeauSiti baru-baru ini.

Siti berkata, ini adalah salah satu cara untuk menyokong inisiatif kerajaan dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dengan menawarkan promosi untuk mereka yang telah menerima vaksin dos pertama dan kedua.

Promosi ini berlangsung dari 16 September hingga 30 September hanya di laman sesawang BeauSiti dan tertakluk kepada terma dan syarat.

Harapan Siti, dia mahu menghasilkan produk BeauSiti bukan sahaja meliputi wanita dan kanak-kanak, tetapi juga untuk para lelaki dan merangkumi kategori barang keperluan rumah.

Siti juga ingin mengembangkan pasaran produk BeauSiti di luar negara serta negara Islam menjelang 2026 pada masa akan datang.

Mengimbas sedikit kembali penubuhan BeauSiti, jenama BeauSiti telah dilancarkan pada bulan September 2019 dengan hanya satu produk minuman kesihatan botani untuk wanita yang dinamakan, Beautéssence.

Diasaskan dua tahun yang lalu, BeauSiti diaspirasikan oleh pelantun lagu Aku Bidadari Syurgamu itu ingin berkongsi ilmu dan rahsia kecantikan luaran dan dalaman dengan semua golongan wanita tanpa mengira sempadan.

Dan sebagai wanita yang menjalani gaya hidup yang sibuk, BeauSiti adalah pemakanan yang ideal dan berkhasiat untuk pengurusan kesihatan dan kecantikan, luar dan dalam.