Japanese pizza atau juga dikenali sebagai okonomiyaki ini memang sedap. Kali ini saya kongsi resipi yang diolah mengikut konsep masakan barat. Jom lihat bahan dan cara penyediaan.

BAHAN:
50gm lada banggala hijau – hiris kasar
50gm lada banggala merah – hiris kasar
50gm bawang besar – dimayang
50gm lobak merah – dimayang
50gm kubis bulat – dimayang
50gm cendawan butang – dipotong nipis
50gm keju mozzarella
100gm udang – dibuang kulit
100gm isi kepah
1 biji telur
100gm spageti – telah direbus
100gm tepung tempura
2 sudu besar mentega
50ml air
Garam dan lada hitam secukup rasa
Minyak zaiton
Sedikit mayonis
Sedikit sos bbq

CARA:
1.Masukkan tepung tempura, telur dan air dalam mangkuk dan gaul sehingga sebati.
2.Kemudian masukkan lada bengala, cendawan, kubis, lobak merah, udang, kepah, garam dan lada hitam secukup rasa dan kacau sebati. Ketepikan.
3.Panaskan kuali dan cairkan mentega dengan api perlahan. Selepas itu, masukkan spageti dan tunggu sehingga sedikit garing.
4.Masukkan bahan yang telah gaul sebati tadi di atas spageti dan ratakan.
5.Apabila sudah separuh masak, taburkan keju mozzarella dan bakar di dalam ketuhar selama 5 minit pada suhu 180°C.
6.Akhir sekali tuang sedikit sos bbq dan mayonis di atas dan potong mengikut saiz yang disukai.

Resipi: Cef Sakya Hamid