Beberapa racun perosak, racun herba, racun kulat dan baja yang digunakan dalam pertanian mengandungi bahan-bahan yang mempunyai struktur kimia yang sama dengan estrogen, dan ia dipercayai boleh menyumbang kepada ketidakseimbangan hormon.

Peracun serangga yang mengandungi xenoestrogen selalu terhidang di atas meja makanan dalam bentuk buah-buahan, sayur- sayuran, bijirin dan daging haiwan ternakan.

Sudah tentu penyelesaiannya bukan dengan berhenti dari mengambil makanan ini sebaliknya kita hanya perlu untuk menjadi lebih berhati-hati dalam memilih pemakanan dan semasa membeli-belah.

  1. Belilah makanan dan hasil organik seberapa banyak yang boleh, kerana pertanian organik mengurangkan penggunaan racun perosak dan baja sintetik, sebaliknya lebih menggunakan kawalan perosak semula jadi dan persenyawaan.
  2. Jika anda tidak pasti asal usul makanan anda, pastikan anda membersihkan makanan tersebut terlebih dulu dengan rapi untuk membebaskan ia dari mana-mana racun kesan racun perosak.
  3. Cuci dan rendam kesemua bahan masakan anda, dan membuang air tersebut sebelum memasak atau memakannya.
  4. Cuba menggunakan produk kawalan perosak semula jadi dan baja organik di taman anda sendiri.
  5. Jika anda perlu menggunakan bahan kimia, ikuti semua langkah keselamatan, seperti memakai sarung tangan dan topeng, dan menggunakan jumlah yang sangat tepat.
  6. Menyimpan produk ini jauh dari taman rumah anda, dan bekalan air.