Pemergian anak sulung Johan dan Ozlynn Waty, Ahmad Ariq Hanania ke Ireland untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan membuka mata netizen dalam menilai bagaimana pasangan ini mendidik anak-anak.

Menurut pensyarah, Dr Syahr Musafir, apa yang diperlihatkan pasangan ini di media sosial membuktikan segala aktiviti kekeluargaan yang dipaparkan adalah benar dan ‘real’ sehingga terbentuknya keperibadian positif anak-anak.

Malah hubungan yang terbina sehingga anak teruna masih lagi terbaring manja di peha bapa membuktikan betapa eratnya kasih sayang yang terjalin.

Jelas Dr Syahr Musafir, untuk membina keluarga bahagia, tidak perlu teori parenting yang banyak, apa yang penting, ibu bapa harus ‘hadir’ dan terlibat dalam setiap aktiviti bersama.

“Saya tak follow mereka, tetapi disebabkan berita Johan dan Ozlynn Waty menghantar anak sulung mereka iaitu Ahmad Ariq Hanania ke lapangan terbang untuk berlepas ke Ireland bagi memulakan pengajian dalam bidang perubatan di universiti di sana memberi rasa eager untuk saya tengok Instagram mereka. Jadi saya tengoklah….

Sama seperti artis-artis lain, mereka suka kongsi hal-hal peribadi dan kekeluargaan.

Sama juga seperti artis-artis lain, nampak ada reviews, bisnes, dan seumpamanya.

Tapi yang tersirat sebenarnya lebih banyak berbanding yang tersurat.

Dan pencapaian Ariq itu seolah memberi bukti bahawa apa yang tidak ditunjukkan oleh Johan dan Ozlynn adalah lebih banyak berbanding apa yang ditunjukkan. Dan paling penting, apa yang ditunjukkan oleh Johan dan Ozlynn di media sosial adalah benda benar.

Johan tunjuk dia sebagai ayah menemani anak-anak belajar akademik. Dia menitikberatkan akademik. Dan terbukti salah satu kejayaannya menemani dan menitikberatkan pendidikan anak-anak adalah pencapaian Ariq.

Johan tunjuk anak-anak mereka baca al-Qur’an dan solat. Tengoklah anak-anak, semua behave. Perangai elok. Ariq tu baik, sopan, he is a male teenager yang bonded dengan family, rapat, baik…. Well-behaved. Kita boleh lihat ini sebagai hasil elemen agama dalam kehidupan mereka.

Johan juga tunjuk mereka sekeluarga adalah rapat, bersuka-ria bersama, anak-anak main dengan mak ayah bukan leka dengan telefon atau game. Tengok video Johan dukung Ariq yang besar tu serius nampak spontan, real, benar, tak palsu. Subhanallah saya ketawa tengok tetapi pada masa sama rasa sebak. Anak yang besar tu tidur dan baring di riba/peha si ayah. Cuba fikir kita dengan ayah kita atau anak kita yang besar dengan kita, ada tak macam tu?

Apabila anak buat silap, ada perkongsian Johan marah-nasihat anak. Ozlynn masak-masak, anak-anak dan suami makan. Boleh rasa suasana hidup mereka adalah real.

Benar-benar berlaku.

Terkadang nak belajar parenting dan kekeluargaan tak perlu pun tahu teori-teori banyak, sebab parenting dan kekeluargaan sebenar adalah ibu dan ayah INVOLVE dalam kehidupan anak-anak. Johan dan Ozlynn sedang tunjukkan ni dengan spontan, selamba dan sempoi saja. Tahniah, Johan, Ozlynn dan keluarga.

Parenting dan kekeluargaan yang Johan dan Ozlynn persembahkan bukan melalui nota, mengajar atau teori tetapi mereka tunjuk. They don’t tell, they show. Subhanallah.

Kita ambil hikmah dan teladan, boleh?

Yang tak elok, jadikanlah sempadan, boleh fikir kan…

Moga Ariq berjaya jadi doktor, pulang ke Malaysia berkhidmat untuk negara dan membanggakan Johan dan Ozlynn. Moga anak-anak kita juga mencapai kejayaan dalam hidup dan menjadi orang berguna untuk agama, bangsa dan negara.

Kita jadi real, jangan jadi fake. FB Syahr Musafir II Rabu 22/09/2021.”

Sumber : Syahr Musafir