Naib Ketua Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi (tengah) bersama Ketua Pemuda MCA, Datuk Nicole Wong (dua dari kanan), Pengerusi Kelab Kretip Malaya , Nur Fazzila Rahim (dua dari kiri) dan Datuk Adi Putra (kiri sekali) mengibarkan Jalur Gemilang pada Program edaran Bendera Keluarga Malaysia di Kuala Lumpur, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

SEMANGAT…Walaupun sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia telah pun berlalu, namun semangat perpaduan berdasarkan konsep Keluarga Malaysia yang dicetuskan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tetap perlu diteruskan.

Sehubungan itu, berbekalkan rasa cintakan tanah air, Kelab Kretip Malaya dikendali Pengerusinya, Nur Fazzila Rahim mengambil inisiatif melaksanakan program pengedaran Jalur Gemilang di sekitar Bandar Raya Kuala Lumpur, hari ini.

Naib Ketua Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi ( kiri) mengedarkan Jalur Gemilang kepada orang ramai bagi memupuk semangat Keluarga Malaysia pada Program edaran Bendera Keluarga Malaysia di Pusat Beli Belah Pavilion, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Program yang dirasmikan Naib Ketua Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd. Fauzi dan turut disertai Ketua Pemuda MCA, Datuk Nicole Wong itu bersama 30 aktivis lain bersatu hati mengedarkan Jalur Gemilang.

Pelakon terkenal, Datuk Adi Putra turut bersama-sama menceriakan program tersebut.

Naib Ketua Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi (tiga dari kiri) mengedarkan Jalur Gemilang kepada orang ramai bagi memupuk semangat Keluarga Malaysia pada Program edaran Bendera Keluarga Malaysia di Pusat Beli Belah Pavilion, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Lebih menarik, peserta program bersama-sama menaiki basikal elektrik dari Hotel Royale Chulan ke sekitar Jalan Bukit Bintang mengedarkan bendera kemegahan negara itu.

Kira-kira 1,000 Jalur Gemilang telah diedarkan kepada orang ramai di sekitar Jalan Bukit Bintang bagi menyemarakkan lagi rasa cintakan tanah air di samping bersama mengukuhkan perpaduan antara Keluarga Malaysia.

Naib Ketua Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi bersama ahli kelab Kretip Malaya mengayuh basikal elektrik pada Program edaran Bendera Keluarga Malaysia di Kuala Lumpur, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid
Naib Ketua Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi (dua dari kiri) bersama Ketua Pemuda MCA, Datuk Nicole Wong mengedarkan Jalur Gemilang kepada kanak-kanak bagi memupuk semangat Keluarga Malaysia pada Program edaran Bendera Keluarga Malaysia di Pusat Beli Belah Pavilion, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid
Pengerusi Kelab Kretip Malaya , Nur Fazzila Rahim (kiri) bersama ahli Kelabnya mengayuh basikal elektrik pada Program edaran Bendera Keluarga Malaysia di Kuala Lumpur, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid