‘Kerja membina’ anak bijak bermula sejak bayi, beberapa siri kajian oleh pakar psikologi membuktikan, otak bertindak balas sejak bayi walaupun ibu bapa lazim menganggap anak yang baru lahir tidak tahu apa-apa.

“Contohnya pada 1979, pakar psikologi dari University of Washington, Andy Meltzoff telah melakukan sebuah kajian dan memperoleh keputusan menakjubkan. Dia menjelirkan lidahnya kepada bayi yang baru berusia 42 minit dan mendapati bayi tersebut secara perlahan mengeluarkan lidahnya seperti yang ditunjukkan Meltzoff.

Kajian ini diteruskan beberapa kali dan mendapat hasil yang sama. Betapa ia membuktikan bayi mempunyai kemampuan belajar dengan sangat pantas!”

Satu lagi kajian mendapati bayi belajar  dengan  melihat pergerakan otot manusia. Dalam kajian tersebut, beberapa orang bayi diuji dengan diperdengarkan rakaman perbualan bahasa mandarin tetapi bayi itu setelah besar tidak dapat bertutur bahasa Mandarin atau memahami bahasa tersebut pun.

Sebaliknya beberapa lagi bayi yang lain berdepan dengan orang dewasa yang bercakap, mengenyit mata, senyum dan lain-lain pergerakan otot muka. Dan bayi-bayi ini didapati memberi reaksi memberangsangkan dengan melakukan semula memek muka orang dewasa tadi.

Sekumpulan bayi pula diberi tonton televisyen dan ternyata bayi ini tidak memberikan reaksi positif terhadap pembelajaran kerana televisyen bukan manusia dan ia tidak boleh berinteraksi dengan bayi! Setakat ini kajian terhadap bayi dan alat pandang dengar tidak pernah menunjukkan kesan positif terhadap perkembangan otak bayi dan tumbesaran menjadi anak yang bijak.

Oleh itu, jauhkan anak anda dari televisyen terutama bayi berusia dua tahun ke bawah.