Asyik ulang menu yang sama setiap hari? Pasti rasa jemu. Apa kata cuba resipi makaroni daging berkeju yang Saji kongsikan ini. Memang sedap. Sesuai dijadikan hidangan untuk seisi keluarga.

BAHAN:
400 gm makaroni – rebus
400 gm daging kisar
1 sudu kecil serbuk oregano
200 gm sayur campur
4 biji telur
100 ml susu sejat
250 gm keju mozarela – parut
250 gm keju cedar – parut
Garam dan lada hitam secukup rasa
Sedikit minyak

CARA:
1.Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau.
2.Masukkan daging kisar, sayur campur, serbuk oregano, garam dan lada hitam secukup rasa. Gaul sebati sehingga daging masak.
3.Angkat dan gaulkan daging bersama makaroni yang telah direbus.
4.Kemudian masukkan separuh bahan tadi ke dalam bekas dan tabur separuh keju mozarela dan cedar di atas.
5.Selepas itu masukkan baki makaroni yang telah digaul bersama daging.
6.Pukul telur bersama susu sejat, garam dan lada hitam secukup rasa dan tuangkan bancuhan sama rata ke seluruh bekas.
7.Tabur baki keju cedar dan mozarela di bahagian atas.
8.Bakar di dalam ketuhar pada suhu 200°C selama 25 hingga 30 minit.