Sebahagian daripada pelajar-pelajar sekolah berumur 16 hingga 17 tahun menerima suntikan vaksin Covid 19 pada Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan (PICK) Remaja di Dewan Canselor MSU, Shah Alam 22 September lalu. GAMBAR: Abd Razak Aid

SEBANYAK 42.1 juta dos vaksin COVID-19 telah diberikan setakat semalam menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Sejak dilancarkan 24 Februari lalu, PICK sudah memberikan dos lengkap kepada 83.1 peratus populasi dewasa Malaysia atau 19.4 juta individu.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), 93.7 peratus populasi dewasa sudah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Baca artikel berkaitan: 19.3 juta populasi M’sia lengkap vaksinasi Covid-19

13,899 kes baharu COVID-19, Sabah bawah 1,000 jangkitan

Ketika ini, kadar vaksinasi populasi dewasa di semua negeri sudah melebihi 60 peratus kecuali Sabah.

Negeri itu mencatatkan 58.3 peratus vaksinasi dewasa dan dijangkakan hari ini Sabah bakal melepasi kadar 60 peratus.

Semalam, sebanyak 13,365 dos lengkap dan 19,860 dos pertama daripada dua bos diberikan di Sabah.

Sementara itu, keseluruhannya 259,141 dos diberikan semalam dengan tertinggi Johor yang merekodkan 28,286 individu menerima dos lengkap dan 9,586 dos pertama.