KERANGKA jaringan keselamatan ekuiti bumiputera hanya melibatkan agensi atau syarikat berkaitan kerajaan seperti Tabung Haji. - Gambar hiasan

TERMA dan syarat Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang diwujudkan untuk menyiasat isu-isu yang berbangkit dalam Lembaga Tabung Haji (TH) akan diumumkan dalam masa terdekat.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, kerajaan juga sedang mengenal pasti senarai keahlian RCI, yang bakal melibatkan pakar perundangan termasuk dalam bidang syariah.

“Terma dan syarat itu nanti tidak lari dari tujuan penubuhan RCI untuk menyiasat isu-isu berbangkit mengenai TH dari tahun 2014 hingga 2020.

Baca artikel berkaitan: Kabinet setuju tubuh RCI Tabung Haji – TPM

Perluaskan skop siasatan RCI Tabung Haji – Asyraf Wajdi

“Kesemua transaksi yang timbul dan berbangkit sama ada di Parlimen atau media sosial mengenai  urusan TH yang perlu pada siasatan akan dirungkaikan menerusi RCI tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Serahan Sumbangan Qaseh Inspirasi  Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) di perumahan nelayan Tok Bali, Pasir Puteh hari ini.