Anggota bomba ketika tiba di lokasi kejadian di Serendah River, Hulu Selangor, hari ini./ Gambar Bomba Selangor.

SEORANG kanak-kanak berusia 10 tahun maut manakala abangnya cedera ditimpa pokok tumbang ketika mandi-manda di Serendah River, Hulu Selangor hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, dalam kejadian itu, abang mangsa yang berusia 11 tahun dilaporkan cedera ringan.

Kata beliau, panggilan kecemasan berhubung kejadian diterima pada jam 2.39 petang sebelum sepasukan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Sentosa dikejarkan ke lokasi kejadian.

Baca artikel berkaitan: Lagi kes kepala air: Bomba selamatkan 9 lelaki terperangkap di Sungai Kedondong

“Kejadian melibatkan pokok tumbang yang telah menimpa dua kanak-kanak berkenan yang sedang mandi di sungai berkenaan.

“Mangsa telah dibawa ke hospital oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba ke lokasi,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram