Sedapnya ayam sambal kicap ni. Makan dengan nasi panas memang layan. Resipinya sangat mudah dan semestinya sedap. Tidak mengguna banyak bahan pun. Berbaloi cuba.

BAHAN A
500 gm ayam
1 batang serai -ketuk
5 helai daun limau purut -koyak
3 sudu besar sos tamato
5 sudu besar kicap
5 sudu besar minyak masak
Garam -jika perlu

BAHAN KISAR
20 tangkai cili kering
5 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 cm halia
½ cawan air

CARA

  1. Ayam dibuangkan kulit dan potong kecil. Basuh dan tuskan.
  2. Panaskan minyak masak. Tumiskan bahan kisar dan serai sehingga wangi.
  3. Masukkan ayam dan kacau. Biarkan sehingga ayam lembut dan naik minyak.
  4. Masukkan daun limau purut, sos tomato dan kicap.
  5. Masakkan sehingga naik minyak lagi.
Foto dan resipi: Hanieliza Kamarudin