Sebahagian daripada orang ramai hadir ke Pusat Pemberian Vaksin untuk mendapatkan suntikan Vaksin Covid 19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Axiata Arena, Bukit Jalil, baru-baru ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

SEBANYAK 83.7 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan COVID-19 (JKJAV), jumlah itu merangkumi 19.6 juta individu atau 60.1 peratus populasi keseluruhan rakyat Malaysia

Pada masa sama, sebanyak 93.7 peratus atau 21.94 juta individu daripada populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.

Semalam menyaksikan 269,465 dos suntikan vaksin diberikan menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Jumlah itu melibatkan 117,196 dos pertama dan 152,269 dos kedua.

Baca artikel berkaitan: Guru enggan divaksin sehingga jejas PdP mungkin ditukar – Radzi

COVID-19: Sarawak negeri pertama beri dos penggalak – Khairy

Johor, Kedah dan Sabah antara negeri yang mencatatkan pemberian vaksin tertinggi semalam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos vaksin mencecah sebanyak 41.45 juta sejak PICK dilancarkan pada 24 Februari lepas.

Sementara itu, menurut portal Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), seramai 28,982 atau 0.9 peratus daripada populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah melengkapkan suntikan vaksin setakat semalam.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram