Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

“SAYA tak akan sesekali lindungi mana-mana salah laku anggota atau pegawai polis di Johor yang buat salah.”

Itu jaminan Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Tegas Ayob Khan, sekiranya ada laporan mengaitkan anggota atau pegawainya dengan salah laku, pihaknya akan memastikan siasatan dijalankan dengan adil dan saksama.

Katanya, jika siasatan menadapati ada bukti menunjukkan kesalahan dilakukan, kes akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan pendakwaan.

“Kita tiada cover-up walaupun dia anggota atau pegawai kita,” kata Ayob Khan yang terkenal dengan ketegasannya dalam memelihara integriti.

Ayob Khan berkata demikian dalam sidang akhbar di Johor Bahru menjawab soalan berhubung perkembangan siasatan kes salah laku seorang anggota polis di Johor.

Baca artikel berkaitan: “Ramai lagi yang nak jadi polis. Yang tak guna ini kita akan buang cepat..”- Amaran Ayob Khan kepada polis korup

Judi online 7,000 pelanggan tumpas, tahniah polis Johor!

Perkara itu berhubung dakwaan anggota terlibat melakukan kesalahan memikat isteri orang.

Wanita berkenaan juga merupakan isteri anggota polis.

Mengesahkan menerima laporan pada 23 September lalu, Ayob berkata, suspek juga pada masa sama telah membuat laporan polis pada 24 September menafikan dakwaan suami wanita tersebut.

Katanya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan di bawah kesalahan memikat, menggoda dan melarikan isteri orang.

“Siasatan sedang dijalankan, kita tunggulah. Apa yang penting walau melibatkan polis Johor kita akan lakukan siasatan dengan adil dan saksama,” kata Ayob Khan.

Dalam perkembangan berasingan, Ayob Khan mengakui kadar pematuhan penduduk Johor terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan semakin rendah.

Beliau berkata, semalam sahaja, pihaknya telah mengeluarkan kira-kira 222 nasihat kepada individu yang didapati melanggar SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Malah katanya, terdapat 10 kenderaan yang diarah berpatah balik kerana cuba merentas daerah sedangkan tidak memenuhi syarat lengkap dua dos vaksin COVID-19.

Johor sudah beralih ke Fasa 2 PPN Jumaat lalu.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram