Sedapnya ketupat sotong ni. Walaupun sajian nya ringkas namun pasti sedap. Jadi apa kata anda cuba hidangan yang SAJI kongsikan kali ini.

BAHAN:

½ kg sotong
2 cawan santan
½ cawan pulut
3 keping gula merah
3 helai daun pandan
Sedikit garam
Sedikit lidi untuk menyemat

CARA:

1.Basuh beras pulut. Rendam dalam sedikit santan yang sudah dicampur garam.
2.Sotong dibasuh bersih dan buang kulitnya.
3.Sumbatkan pulut dalam sotong. Masukkan hanya 1/3 pulut memenuhi sotong. Jangan terlebih kerana bimbang sotong akan pecah bila dimasak.
4.Masukkan kembali kepala sotong di tempatnya dan cucukkan lidi secara menyilang bagi memastikan pulut tidak keluar.
5.Susun di dalam periuk dan masukkan santan yang direndam pulut tadi.
6.Apabila sudah mendidih, masukkan santan yang selebihnya, gula merah dan daun pandan.
7.Masaklah sehingga kuahnya pekat.

Resipi: Zailani Abd Rahman, Pasir Mas, Kelantan.