GENAP seminggu melahirkan anak sulung, akhirnya pasangan selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir mendedahkan wajah bayi mereka buat tatapan peminat.

Pasangan itu turut berkongsi nama anak perempuan mereka iaitu Ana Nayla sekaligus membuka akaun Instagram rasmi buat zuriatnya.

“Ana Nayla Ahmad Nabil @ananaylaofficial. Assalamualaikum uncle dan aunty! Sepatutnya keluar hari ini tapi tak sabar nak jumpa uncle aunty.

“Doakan Ana Nayla supaya sentiasa selamat, disayangi dan menjadi anak yang baik” tulisnya.

Ruangan komen Ayda dan Nabil dihujani dengan komen yang memuji kecomelan bayi pasangan ini.

Sehingga artikel ini ditulis, akaun Instagram Ana telah mengumpul lebih 25,000 pengikut.

Ayda melahirkan Ana pada 21 September iaitu seminggu lebih awal daripada tarikh jangkaan bersalin menerusi kaedah pembedahan.

Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu.