Sebahagian daripada orang ramai hadir ke Pusat Pemberian Vaksin untuk mendapatkan suntikan Vaksin Covid 19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Axiata Arena, Bukit Jalil, baru-baru ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

SEBANYAK 60.6 peratus populasi keseluruhan negara sudah menerima vaksinasi lengkap setakat semalam.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19, jumlah itu merangkumi 19.78 juta individu atau 84.4 peratus populasi dewasa.

Lembah Klang kini merekodkan 80.4 peratus populasi keseluruhan lengkap menerima vaksinasi diikuti Negeri Sembilan dengan 69.7 peratus.

Keseluruhannya, sebanyak 42.69 juta dos vaksin COVID-19 diberikan setakat semalam di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

PICK bermula 24 Februari lalu yang merupakan program vaksinasi terbesar dalam sejarah negara.

Baca artikel berkaitan: Rentas negeri selewat-lewatnya pertengahan Oktober

Guru enggan divaksin sehingga jejas PdP mungkin ditukar – Radzi

Sementara itu, menurut JKJAV, sebanyak 323,335 dos vaksin COVID-19 diberikan semalam yang merupakan antara tertinggi dalam tempoh beberapa minggu ini.

Berdasarkan infografik di media sosial jawatankuasa itu, sebanyak 172,3888 merupakan pemberian dos pertama dan 150,947 dos lengkap.

Antara negeri yang mencatatkan pemberian dos tertinggi semalam ialah Johor, Kedah, Sabah, Selangor dan Kelantan.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram