Tak tahu nak masak apa hari ini? Apa kata cuba resipi nasi ikan daun kari yang Saji kongsikan ini. Mari kita menjadi kreatif agar keluarga kita tidak rasa jemu dengan menu yang dihidangkan. Selamat mencuba!

BAHAN
450 gm beras basmati – rendam 30 minit
480 ml air
120 ml susu cair
2 sudu besar rempah kari ikan
2 keping ikan tenggiri
1 kiub ikan bilis
1 labu bawang besar – hiris halus
Sedikit minyak sapi
Sedikit garam secukup rasa

BAHAN SALUTAN IKAN
1 sudu kecil rempah kari ikan
½ sudu kecil serbuk lada hitam
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit

BAHAN TUMIS
3 ulas bawang merah kecil – tumbuk
2 ulas bawang putih – tumbuk
1 cm halia – tumbuk
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 cm kulit kayu manis
3 tangkai daun kari

CARA
1.Ikan tenggiri yang telah dibersihkan, kemudian disalutkan dengan bahan salutan ikan. Perap selama 10 minit, sebelum digoreng. Panaskan minyak, goreng ikan sehingga masak dan buangkan tulangnya.
2.Panaskan minyak sapi bersama sedikit minyak gorengan ikan tadi. Goreng hirisan bawang besar sehingga kekuningan.
3.Masukkan bahan tumis, tumis sehingga naik bau.
4.Kemudian masukkan rempah kari ikan, tumis sehingga garing dan wangi.
5.Masukkan air, kiub ikan bilis dan garam secukup rasa.
6.Tunggu sehingga mendidih, masukkan beras dan susu cair.
7.Apabila nasi hampir masak, masukkan isi ikan, dan tanak sehingga nasi masak sepenuhnya. Untuk lebih enak, hidangkan nasi dengan bawang goreng.

Resipi : Nazura Zainal Abidin