Seorang wanita yang vcuba membantu mangsa kemalangan maut dirempuh kederaan lain dalam kejadian di Lebuhraya MEX di ibu negara malam tadi./ Gambar FB JSPT KL.

SEORANG maut manakala seorang lagi parah dirempuh sebuah kereta ketika mereka sedang membantu mangsa kemalangan di Lebuhraya MEX di ibu negara malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, mangsa yang meninggal dunia merupakan seorang wanita berusia 43 tahun.

Jelas beliau, pada jam 10.15 malam di Kilometer 7.3 Lebuhraya Mex dari bulatan Kampung Pandan menghala ke Putrajaya telah berlaku satu kemalangan melibatkan kereta Proton Saga putih setelah pemandunya hilang kawalan dan terbabas sendiri di lorong paling kanan.

Kemudian katanya, kereta dipandu wanita yang maut itu telah berhenti di hadapan kereta Proton Saga itu untuk memberikan bantuan dengan beberapa lagi kenderaan awam juga berhenti di lokasi terlibat bagi tujuan sama.

“Tiba-tiba datang sebuah Perodua Myvi berwarna ungu telah merempuh kedua-dua mangsa yang sedang memberikan bantuan sehingga salah seorang mangsa iaitu perempuan Melayu berumur 43 tahun maut di lokasi kejadian.

“Seorang lelaki pula mengalami kecederaan parah dan telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Seorang wanita yang vcuba membantu mangsa kemalangan maut dirempuh kederaan lain dalam kejadian di Lebuhraya MEX di ibu negara malam tadi./ Gambar FB JSPT KL.

Baca artikel berkaitan: Dua maut dilanggar pemandu positif dadah lawan arus

Dalam pada itu, Sarifudin berkata, orang ramai dinasihati lebih berhati-hati dan mementingkan keselamatan diri ketika memberikan bantuan kepada mangsa kemalangan terutama di kawasan berselekoh dan gelap.

Katanya, orang ramai juga tidak digalakkan untuk berhenti di kawasan kemalangan terlalu ramai bagi mengelakkan kesesakan dan ini akan menyebabkan kelewatan untuk pasukan keselamatan memberikan bantuan kepada mangsa kemalangan.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram