[DIKEMASKINI] BAYI vokalis Caliph Buskers, Azmi Saat iaitu Afnan yang baharu sahaja dilahirkan pada 27 September lalu, meninggal dunia hari ini.

Zuriat sulung Azmi dan isterinya, Nazira Muhammad yang di tunggu selama 10 tahun itu difahamkan mengalami masalah kesihatan.

“Allah lebih menyayanginya. Afnan tunggu kami di syurga ya,” tulis Azmi di Instagram miliknya sebentar tadi.

Beberapa jam yang lalu, Azmi atau Khairul Azmi Saat,34, memaklumkan Afnan tidak sihat dan memohon orang ramai mendoakan yang terbaik buat anaknya.

“Mohon tolong doakan Afnan. Afnan tak sihat. Kami sedang diuji. Allah mudahkan urusan kami waktu proses mengandung tapi sekarang Allah nak uji kami. Allah mudahkan proses bersalin tapi sekarang Allah nak uji kami.

“Allah letakkan rasa teruja dalam hati kami tapi sekarang Allah nak uji kami.

“Itulah Allah pemilik sekalian alam. Dia yang maha merancang dan maha mengetahui segalanya,” ujarnya.

“Mungkin ada antara kalian yang Allah makbulkan doanya. Tolong doakan moga Afnan sihat dan Allah berikan yang terbaik buat kami.

“Apa pun yang berlaku, kami reda dengan ketentuan takdirNya,” katanya.