Kakitangan Farmasi menunjukkan Kit Ujian Kendiri Covid-19 yang dijual dengan harga RM19.90 ketika KPDNHEP bersama KKM mengadakan Operasi Samar dan Operasi Bersepadu di Pusat Perniagaan Dan Farmasi sekitar Taman Sri Gombak. GAMBAR: Abd Razak Aid

SELEPAS merekodkan 10,959 jangkitan baharu pada hari Isnin lalu yang juga kes terendah dalam tempoh 70 hari, jumlah penularan seluruh negara kembali meningkat.

Buat hari ketiga berturut-turut, jangkitan COVID-19 naik sedikit apabila mencatatkan 12,735 penularan hari ini.

Bagaimanapun, penularan yang direkodkan hari ini masih lagi antara terendah bulan ini.

Jumlah jangkitan yang dikesan telah menjadikan kes kumulatif seluruh negara mencecah 2.245 juta.

Peningkatan kes hari ini disumbangkan beberapa negeri yang mencatatkan pertambahan kes baharu.

Sarawak kekal menjadi penyumbang tertinggi penularan hari ini dengan kes di Bumi Kenyalang kekal berada di atas paras 2,000.

Sebanyak 2,487 kes baharu telah dicatatkan, menurun sedikit berbanding 2,967 dikesan semalam.

Namun begitu, Selangor yang menyaksikan penurunan kes di bawah 1,500 dalam tempoh tiga hari lalu kembali meningkat.

Baca artikel berkaitan: 12,434 kes baharu, naik tapi masih antara terendah bulan ini

Kes di Selangor mencecah 1,940 hari ini manakala Johor pula merekodkan 1,241 kes.

Berdasarkan data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, beberapa negeri lain turut mencatatkan peningkatan penularan.

Kelantan kekal merekodkan kes melebihi 1,000 apabila mencatatkan 1,232 jangkitan hari ini.

Selepas beberapa hari berada di bawah empat angka, jangkitan baharu di Kedah pula kembali meningkat melebihi 1,000 hari ini.

Jangkitan di Kedah kembali mencecah 1,033 kes baharu.

Lapan negeri dan wilayah lain pula kekal mencatatkan tiga angka kes hari ini.

Sabah merekodkan 993 jangkitan diikuti Perak (913 kes); Pulau Pinang (763 kes); Terengganu (726 kes) dan Pahang (697 kes).

Sementara itu, Kuala Lumpur pula mencatatkan 258 penularan manakala 194 direkodkan di Melaka dan 132 di Negeri Sembilan.

Perlis pula mencatatkan 97 jangkitan sementara 28 kes direkodkan di Putrajaya.

Hanya satu kes dicatatkan di Labuan hari ini.

Berikut pecahan kes mengikut negeri:

Sehingga 30 September 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 12,735 kes (2,245,695 kes).

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 1,940 (677,662)
Sarawak – 2,487 (209,624)
Sabah – 993 (197,973)
Johor – 1,241 (195,845)
WPKL – 258 (186,060)
Kedah – 1,033 (134,835)
Pulau Pinang – 763 (130,209)
Kelantan – 1,232 (115,308)
Perak – 913 (102,229)
Negeri Sembilan – 132 (97,244)
Pahang – 697 (64,717)
Melaka – 194 (58,345)
Terengganu – 726 (55,645)
WP Labuan – 1 (9,963)
WP Putrajaya – 28 (6,144)
Perlis – 97 (3,892)

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram