Sedapnya ikan dori percik ini. Resipinya sangat mudah dan semestinya sedap. Bolehlah cuba masak untuk keluarga. Memang berbaloi.

BAHAN A
1 ekor ikan dori – bersihkan dan kelar
2 cawan santan pekat
½ cawan air asam jawa
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil halba
2 sudu kecil serbuk kunyit
Sedikit minyak masak
Garam

BAHAN KISAR
10 tangkai cili kering
4 ulas bawang putih
3 cm halia
3 batang serai

CARA
1.Lumurkan sedikit garam dan serbuk kunyit pada ikan. Ketepikan.
2.Panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak.
3.Masukkan air asam jawa, halba dan santan. Kacau sehingga kuah menjadi pekat.
4.Sebatikan rasa gula dan garam. Ketepikan.
5.Bakar ikan sambil sapu kuah dengan sebati. Bakar ikan sehingga masak dan hidangkan.

Resipi : Tower Regency Hotel, Ipoh, Perak