Bagi penggemar sajian pasta, resipi fettuccine bayam kepah perkongsian Cef Gary Lim ini antara yang harus anda cuba. Memang sedap. Tidak mengguna banyak bahan pun. Berbaloi cuba.

BAHAN:
120gm spinach fettucine – telah direbus
200gm kepah – dicuci bersih dan ditoskan
5gm daun pasli – telah dicincang halus
30gm bawang holand – dipotong halus
20gm bawang putih – dipotong halus
100ml stok ikan
Sedikit keju parmesan – diparut
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
Minyak zaitun

CARA:
1.Panaskan sedikit minyak zaitun dalam periuk dan tumiskan bawang putih dan bawang holand sehingga naik bau.
2.elepas itu masukkan kepah dan stok ikan. Biarkan mendidih dan tutup periuk sehingga kepah terbuka dan masak.
3.Tambah garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.
4.Kemudian masukkan fettucine.
5.Masukkan daun pasli dan gaul sebati.
6.Akhir sekali taburkan sedikit keju parmesan di atas dan sedia dihidang.

Resepi: Cef eksekutif Hotel Parkroyal Kuala Lumpur, Gary Lim