Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. GAMBAR: Abd Razak Aid

SISTEM sokongan kepada golongan warga emas akan diperbanyakkan bagi memastikan keperluan golongan itu terpelihara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan juga merancang untuk memperluas Pusat Warga Emas ke seluruh kawasan Parlimen selaras dengan konsep Keluarga Malaysia.

“Sehingga hari ini, sebanyak 140 Pusat Warga Emas telah diwujudkan,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau hari ini.

Dalam hantaran itu, Ismail Sabri turut mengucapkan Selamat Hari Warga Emas Kebangsaan 2021 dengan tema Kesaksamaan Digital Merentasi Usia.

Menurut Perdana Menteri, Malaysia akan mewujudkan lebih banyak bandar mesra warga emas pada masa akan datang.

Baca artikel berkaitan: Had lesen memandu warga emas cadangan peribadi

Selain itu, beliau berkata, Sistem Pendaftaran Warga Emas Nasional akan ditambah baik dan liputannya diperluas.

Jelas Ismail Sabri, Malaysia dijangka menjadi sebuah negara tua pada 2030 apabila 15 peratus daripada jumlah penduduk berumur 60 tahun dan ke atas.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram