GAMBAR: Abd Razak Aid

ORANG ramai boleh membuat laporan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) selepas ini apabila aplikasi MySejahtera bakal menampilkan butang aduan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam hantaran di Facebook memaklumkan, aduan pelanggaran SOP melibatkan individu atau premis terus kepada pihak berkuasa boleh dilakukan tidak lama lagi.

Kata KKM, butang aduan itu akan diaktifkan membolehkan orang ramai menggunakan kemudahan berkenaa.

“Orang ramai boleh membuat aduan mengenai pelanggaran SOP untuk individu termasuk tidak memakai pelitup muka atau mematuhi jarak fizikal.

Baca artikel berkaitan: KKM nafi perlu ‘check-out’ MySejahtera

“Selain itu, aduan mengenai pelanggaran oleh pengendali premis meliputi kegagalan merekod pelawat atau memeriksa suhu badan juga boleh dilakukan.

“Aduan melibatkan pelanggaran perintah kuarantin dan isu-isu lain turut boleh dibuat menerusi butang itu nanti,” katanya dalam hantaran itu.

Mengulas lanjut, KKM berkata, pengadu juga boleh memuat naik gambar sebagai bukti aduan pelanggaran SOP menerusi kemudahan baharu yang akan dilancarkan dalam waktu terdekat itu.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram