awek curang
Tangkap layar video yang menunjukkan seorang wanita dipercayai kekasih kepada pemuda yang dikatakan curang.

“ADA dengan jantan! Sbb tu tak angkat call aku…pastu kau hina pekerjaan aku depan dia. Hebat kau Ni!”.

Itu luahan seorang pemuda selepas kekasih yang “ditatang” tiba-tiba beralih arah dek kerana kerjaya yang dilakukan sekarang tidak segah seperti dahulu.

Perkongsian pengguna TikTok @DAPIT itu sehingga kini telah ditonton lebih 5.8 juta selepas sehari ia dimuat naik.

Rata-rata netizen memberi kata-kata semangat kepada pemuda itu, supaya tidak nyesal selepas mengetahui bahawa kekasihnya itu telah “dikebas” orang.

Dalam video pendek berdurasi 25 saat itu, pemuda tersebut turut meletakkan nota “‘sebab aku keja foodpanda kau cari orang lain?’ Alhamdulliah tuhan tunjuk perangai kau sebelum kita tunang!”.

“Bro hang x rugi tinggal pompuan centu. Allah tunjuk sebelum kahwin perangai sebenar. U deserve better bro, someone yg akn hargai penat Lelah kau,” tulis @Sallyforshort.

Lebih 38,000 turut meninggalkan komen yang pelbagai kepada pemuda tersebut yang turut memberi nasihat kepada lelaki yang bersama kekasih pemuda itu untuk turut sama-sama meninggalkan wanita itu.

Baca artikel berkaitan: YouTuber kena ‘tibai’ di TikTok, sebab tegur pakwe orang

“Takpe bro, takde awek pon senang je hidup. Bekerjalah semampu yang boleh dan banggakan orang tua mu terlebih dahulu, maybe selepas kau berjaya dia,” kata @itsmevincent

“semoga awak jumpa jodoh yang boleh terima awak seadanya & yang boleh hidup susah senang sama-sama, ujar @zaty

“stay strong, semoga jumpa perempuan yang jauh lebih baik,” komen @intanhasanah

Malah, ada juga netizen yang mengecam tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh gadis itu.

“cheap product have a lot of customers bro,” kata @lazy dengan sinis.

“jangan risau, kifarah is real,” ujar @alhaya33

Menerusi video itu juga pemuda tersebut juga menyatakan hasrat untuk menjadikan gadis itu sebagai tunangnya tetapi segalanya hancur disebabkan oleh kehadiran orang ketiga.

“5 Tahun aku jaga kau! Sebab PKP aku jatuh tapi tak mengalah nak halal kan kau. Sekarang kau bagi alasan taknak hidup susah?sebab aku kerja foodpanda!!!,” kata pemuda itu.

Tinjauan UtusanTV ke akaun TikTok yang dipercayai kekasih kepada pemuda tersebut turut memuat naik sebuah video pendek mengenai perempuan tak ingin hidup susah.

Tiga minggu lepas turut tular kes seakan sama apabila seorang gadis didakwa curang kepada kekasihnya selepas keluar dengan lelaki lain.

Namun selang beberapa hari kemudian, pemuda berkenaan bertindak memohon maaf selepas memuat naik video tersebut dan ia sudahpun dipadam dari TikTok.

Cubaan UtusanTV untuk mendapatkan komen tuan badan mengenai nasib yang menimpanya belum mendapat maklum balas.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram